Happy Birthday Anis Izyan Abdul Rahman

Seperti yang tertera pada title yang sebesar gajah diatas, entry ini adalah ditulis khas untuk sahabat karib saya, Anis Izyan Abdul Rahman yang berasal dari Pulau Pinang dan kini menetap di Putrajaya, yang juga rakan serumah saya di Villa Encik Rozman di Puncak Alam ini, dan juga rakan seperjuangan saya dalam kursus Farmasi di UiTM Puncak Alam. 

Dan seperti yang tertera pada title juga, entry ini adalah ditulis khas sebagai coretan bersempena dengan ulang tahun kelahiran beliau yang ke-21. Tahniah, dah 21 dah kita hidup. Kusut, serabut, jatuh, bangun, ketawa, menangis, bergaduh, menjerit, konflik2 semua tolak tepi. Yang penting kita MASIH HIDUP dan itu adalah satu kejayaan! 

Muqaddimah panjang sikit tapi isi pentingnya pendek je! Sekadar nak ucapkan;

Happy 21st Birthday!

Dengan sahnya awak berumur 21 tahun ni, saya doakan semua yang terbaik untuk awak. Semoga kita sama2 jadi hamba Allah yang lebih baik dan sentiasa memperbaiki diri sendiri dan lebih matang dalam menghadapi kekusutan hidup! Erm, apa lagi eh? Hmmmm, jujurnya, walaupun takde siapa yang sempurna, tapi saya rasa awak anta orang yang sempurna pernah saya jumpa. So saya harap awak tak sedih2 lagi, sebab awak layak dapat yang lebih baik, biar masa yang tentukan. Kita manusia biasa, taktau apa yang baik or buruk untuk kita, kalau sesuatu tu bukan untuk kita, lepaskanlah (general untuk semua sebenarnya, takde kaitan dengan birthday awak pun!). Tapi kalau sedih jugak, kawan2 sentiasa ada. Agak2 taktau nak cerita macam mana, macam biasa aahh, lagu kan banyak :P haha actually saya tak kisah pun awak nak play lagu sama banyak2 kali, sampai 24jam sehari dan 7 hari seminggu pun tadahal. Tak perlu beli headphone!!

Papepun, saya harap awak enjoy birthday kali ni. Tutup buku cerita lama, bukak buku baru okay? Buku baru ni kita tulis kemas2 dengan pen ink wangi and gambar2 comel. Semoga cerita dalam tu jadi seindah tulisan. Lastly, semoga friendship kita semua kekal sampai keakhir hayat. All the best sayang! Love you so much! XOXO

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

1 comments:

  Pinky Pixie

September 22, 2010 at 10:00 AM

woah, bestnya buat entry utk kawan.. jeles. hehe.